PruBSN Setia

Memberi perlindungan perubatan dan kewangan yang komprehensif, tidak kira apa keperluan anda

PruBSN Setia adalah pakej perlindungan yang berdasarkan pada PruBSN AsasLink. Disertakan dengan rider penyakit kritikal, perubatan, kemalangan, dan rider Contributor, ia adalah sebuah pelan penyelesaian takaful yang komprehensif bagi memenuhi segala keperluan perlindungan anda. Malah dengan Takaful Saver, pelan ini juga berfungsi sebagai pelan simpanan untuk dana persaraan anda. PruBSN AsasLink adalah satu pelan takaful sumbangan berkala berkaitan pelaburan yang membayar Jumlah Perlindungan Asas apabila disahkan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) sebelum Tarikh Ulang Tahun Sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun atau kematian orang yang dilindungi, yang mana lebih awal. Sebagai satu pelan asas, pelbagai rider komprehensif ditawarkan untuk memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan peribadi anda.