
PruBSN Damai
Pakej solusi perubatan yang komprehensif dan moden untuk mengurangkan kebimbangan anda tentang penjagaan kesihatan dan ketidaktentuan kehidupan yang lain. Perlindungan bagi kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, perubatan dan kemasukan ke hospital, penyakit kritikal, kemalangan dan banyak lagi.
Ucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kegusaran yang bakal terjadi dalam hidup dan katakan ‘hai’ kepada ketenangan fikiran dengan PruBSN Damai. PruBSN Damai adalah pakej penyelesaian perubatan komprehensif yang memodenkan perlindungan anda berdasarkan PruBSN AnugerahPlus sebagai pelan asas dengan rider Medic TotalCare dan perlindungan tambahan lain yang disyorkan. Penyelesaian ini untuk membantu anda mengatasi kebimbangan anda tentang penjagaan kesihatan termasuk menampung kos kemasukan ke hospital jika anda memerlukan rawatan perubatan. Ia juga menyediakan penggantian pendapatan apabila anda didiagnos penyakit kritikal dan bertujuan untuk memudahkan proses pemulihan anda. PruBSN AnugerahPlus adalah pelan takaful sumbangan berkala yang membayar jumlah sekaligus* apabila berlaku kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD). Selain itu, PruBSN AnugerahPlus juga sangat fleksibel dan boleh diubah suai. Ia didatangkan dengan pelbagai pilihan tempoh perlindungan dan manfaat tambahan untuk memenuhi keperluan serta kemampuan anda. Berikut adalah gambaran keseluruhan pakej penyelesaian PruBSN Damai yang disyorkan:
