
PruBSN Anggun
Pelan lengkap dan menyeluruh yang direka eksklusif untuk wanita pada setiap peringkat hidup di mana ia memberikan perlindungan penyakit khusus wanita termasuk sokongan untuk penyakit mental dan rawatan kesuburan, yang pertama di pasaran, melalui rider Mom Care.
PELAN KHUSUS WANITA UNTUK SETIAP PERINGKAT KEHIDUPAN ANDA
Setiap orang akan melalui pelbagai tahap aspirasi, hala tuju dan matlamat yang berbeza di sepanjang kehidupan. Sama ada anda seorang wanita muda yang baru memulakan kerjaya, wanita yang baru bergelar sebagai ibu atau seorang wanita yang telah matang, PruBSN setia bersama anda dalam memberi perlindungan pada setiap peringkat kehidupan anda. Setiap wanita memainkan peranan yang berbeza dalam setiap peringkat kehidupan mereka dan kami di PruBSN memahami cabaran anda dan yang lebih penting, kami prihatin akan keperluan anda tanpa mengira peringkat kehidupan. Memperkenalkan PruBSN Anggun, pelan takaful khusus buat golongan wanita untuk perlindungan yang menyeluruh. PruBSN Anggun adalah pelan istimewa yang direka khas untuk memenuhi keperluan wanita pada setiap peringkat kehidupan yang berbeza. Dengan ini, kami sentiasa komited dalam menyediakan penjagaan dan sokongan kepada wanita dan terus membantu memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan anda. Dalam setiap peringkat kehidupan, PruBSN akan sentiasa berada di sisi anda dengan perlindungan yang selayaknya.
