Hibah merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.
Manfaat hibah terbaik dengan PruBSN WarisanPlus
Jika anda mencari suatu pelan komprehensif perlindungan tinggi yang merangkumi manfaat kematian yang boleh dihadiahkan kepada orang tersayang anda sebagai hibah berserta perlindungan kemalangan, anda perlukan PruBSN WarisanPlus.
Pelan takaful ini direka dengan tujuan untuk memberikan jaminan dan perlindungan untuk anda dan orang tersayang. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda akan mendapat akses pada jumlah perlindungan minimum sebanyak RM350,000* apabila anda meninggal dunia atau mengalami ketidakupayaan kekal. Selain itu, keadaan kematian anda tertentu yang berlaku kerana kemalangan akan menaikkan jumlah perlindungan manfaat kematian anda, seperti:
- Menerima 200% jumlah perlindungan anda apabila anda meninggal dunia disebabkan kemalangan,
- Menerima 300% jumlah perlindungan anda jika anda meninggal dunia semasa menaiki pengangkutan awam, dan
- Menerima 400% jumlah perlindungan anda kalau anda meninggal dunia di luar Malaysia**.
Hibah boleh menyara dan melindungi keluarga anda dan orang tersayang untuk tempoh masa yang lama, walaupun anda sudah tiada bersama mereka.
Bukan sekadar hibah
Selain jumlah perlindungan minimum yang lumayan, PruBSN WarisanPlus juga merangkumi beberapa manfaat seperti:
- Pampasan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 selepas didiagnosis atau kemasukan hospital kerana menghidapi penyakit berjangkit unik seperti demam campak, SARS atau virus Nipah.
- Manfaat khairat sebanyak RM3,000 untuk menampung perbelanjaan pengebumian anda.
- Meningkatkan nilai tunai anda dengan pulangan berpotensi melalui peluang pelaburan melalui tujuh jenis Dana berkaitan pelaburan berbeza dengan kadar risiko berbeza.
- Menyesuaikan pelan takaful anda dengan memilih rider tambahan termasuklah perlindungan penyakit kritikal, perlindungan Haji atau Umrah, perlindungan pembayaran sumbangan dan banyak lagi.
- Perlindungan selama 20 tahun atau memilih tarikh berdasarkan umur sehingga 100 tahun.
- Pembayaran fleksibel dengan tempoh sumbangan selama 5, 10 atau 20 tahun atau pilih tempoh perlindungan penuh.
- Membuat kebaikan dan membantu orang lain melalui rider Ihsan, yang membenarkan anda untuk membantu keluarga miskin mendapatkan perlindungan takaful keluarga asas dari RM5 sebulan.
Mula menyertai PruBSN WarisanPlus
Menjadi peserta PruBSN WarisanPlus sememangnya sangat mudah. Pelan ini boleh disertai kanak-kanak seawal umur 14 hari, dan umur maksimum 70 tahun bagi peserta-peserta baharu.
PruBSN WarisanPlus bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam. Bukan penganut agama Islam juga boleh menamakan orang tersayang mereka untuk menerima manfaat kematian takaful di bawah hibah bersyarat, atau manfaat tersebut boleh diagihkan oleh seorang pelaksana yang perlu mematui Akta Harta Pusaka dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].
Malang memang tidak berbau, jadi rancang legasi anda hari ini dengan PruBSN WarisanPlus dan menamakan orang tersayang anda sebagai benefisiari hibah bersyarat anda. Bantu keluarga anda mengharungi kesakitan emosi dan masalah kewangan yang mungkin dihadapi setelah kehilangan anda dengan meninggalkan satu hadiah kecil kepada mereka untuk memudahkan perjalanan hidup mereka pada masa hadapan.
* Pemegang sijil di bawah 18 tahun mempunyai akses kepada jumlah perlindungan minimum sebanyak RM250,000
** Tertakluk pada terma dan syarat.